Alat percuma
Kalkulator Untung TikTok
Tiga kiraan untung dalam satu tempat: sasaran ROI dan bajet ads untuk produk baru, semak untung sebenar produk yang dah running, dan untung satu sesi live. Pilih mod di bawah.
Breakeven ROI (bawah ni rugi)
Target ROI (untuk untung sasaran)
Bagaimana ia dikira? Margin seunit = harga jual tolak caj platform, komisen affiliate, kos produk dan kos pos. Itu bajet anda untuk ads campur untung, bukan untung bersih. Breakeven ROI = harga jual dibahagi margin, iaitu ROI paling rendah sebelum rugi. Kalau anda isi target untung seunit, kami kira target ROI sebenar yang perlu dikejar, belanja ads maksimum seunit, dan berapa untung bersih anda kalau target jualan tercapai. Komisen affiliate dan target untung boleh ditukar antara RM dan peratus. Kos pos boleh dibiar 0 kalau ia sudah termasuk dalam caj platform anda. Peratus caj platform di sini patut merangkumi komisen kategori anda campur caj transaksi. Setakat Julai 2026 komisen TikTok Shop Malaysia lebih kurang 7% hingga 10% ikut kategori dan caj transaksi 3.78%, jadi 12% ialah titik mula yang munasabah. Ada juga Platform Support Fee RM0.54 sepesanan (mula 15 Februari 2026) yang tak masuk dalam peratus ni, dan ia ada pengecualian untuk seller baru. Kadar berubah dari semasa ke semasa, jadi sahkan angka sebenar akaun anda di TikTok Seller Center. Baca lanjut: Komisen dan caj TikTok Shop Malaysia.
Untung bersih seunit (selepas ads)
Bagaimana ia dikira? Dari ROI semasa anda, kos ads seunit = harga jual dibahagi ROI. Untung bersih seunit = margin (selepas caj platform, komisen, kos produk dan kos pos) tolak kos ads seunit tadi. Kalau ROI anda di bawah breakeven ROI, setiap unit yang terjual sebenarnya rugi walaupun jualan nampak naik. Guna angka ROI yang TikTok Ads Manager tunjuk untuk kempen yang sedang berjalan. Angka ini belum masuk kos operasi lain seperti gaji, sewa dan kos pulangan. Baca lanjut: ROI TikTok Ads berapa yang bagus.
Langkah 1. Ambil kos produk dari: Pilih satu di sini dahuluBorang di bawah terkunci sehingga anda pilih sumber kos produk.
Untung bersih sesi live
Bagaimana ia dikira? Mod ini guna ekonomi seunit yang sama seperti dua mod di atas, jadi anda boleh terus tekan Salin data produk dan tak payah taip semula. Komisen affiliate tiada di sini sebab dalam live anda jual terus, bukan melalui creator affiliate. Yang diganti ialah kos sebenar sesi live: kadar host sejam darab jam, komisen host (kalau host anda ambil peratus jualan), kos paid review live (kalau anda bayar creator buat live), dan kos operasi lain seperti hadiah dan giveaway. Unit terjual dianggarkan dari GMV dibahagi harga jual. Untung bersih sesi = (margin seunit darab unit terjual) tolak semua kos sesi tadi. Kalau live anda campur banyak produk, guna harga dan kos purata sebagai anggaran. Ingat juga GMV live selalunya ada pulangan dan pembatalan, jadi angka sebenar mungkin sedikit lebih rendah. Baca lanjut: Skrip live selling yang convert.